Ketua Kontinjen Malaysia: Senyuman Sukarelawan Sukan Asia Hangzhou Tawan Hati Saya

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 25 September 2023
Ketua Kontinjen Malaysia: Senyuman Sukarelawan Sukan Asia Hangzhou Tawan Hati Saya
Kontinjen Malaysia menghadiri majlis sambutan di Kampung Atlet Sukan Asia ke-19, Hangzhou. (Foto/China News Service)

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia ke-19, Datuk Chong Kim Fatt memberitahu wartawan pada 22 September bahawa hatinya tertawan melihat senyuman para sukarelawan dan kakitangan yang bertugas.

Chong pernah mengetuai skuad Wusyu Malaysia untuk menyertai Sukan Asia ke-16 di Guangzhou pada 2010. Sekarang selaku ketua kontinjen Malaysia, beliau dapat merasai kemajuan China sebagai tuan rumah bagi temasya sukan besar, baik dari segi konsep penganjuran mahupun kemampuan perancangan.

Beliau turut memaklumkan, kontinjen Malaysia menyasar untuk memenangi 27 pingat dalam beberapa acara besar pada Sukan Asia ini. Adalah menjadi harapannya setiap atlet Malaysia menyerlahkan keterampilan seboleh mungkin di medan pertandingan.

Video

Berita Berkaitan