Sachs: Forum Nishan Peluang untuk Berkongsi, Saling Belajar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 01 Oktober 2023

Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan (SDSN) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Jeffrey D. Sachs menganggap Forum Nishan ke-9 mengenai Peradaban Dunia suatu wadah yang dapat memungkinkan pemupukan pemahaman yang lebih baik tentang dunia dan juga nilai-nilai yang benar-benar boleh diterima pakai bersama.

Ketika diwawancara, Sachs yang juga seorang profesor ilmu ekonomi di Universiti Columbia menyifatkan forum tersebut sebagai peluang untuk dunia duduk berdialog antara tamadun dan saling belajar dengan menghormati budaya dan pandangan satu sama lain.

Video