Xi Jinping Ucapkan Tahniah kepada Presiden Terpilih Maldives Mohamed Muizzu

(CRI)Khamis 05 Oktober 2023

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Mohamed Muizzu yang dipilih sebagai Presiden Maldives, pada Selasa.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa hubungan persahabatan antara China dan Maldives mempunyai sejarah lama. Kedua-dua negara ini bukan sahaja sahabat yang saling mempercayai dan membantu, malah juga rakan kongsi yang berganding tangan untuk pembangunan dan makmur bersama.

"Saya mementingkan perkembangan hubungan China- Maldives dan bersedia berusaha bersama dengan Presiden terpilih Mohamed Muizzu untuk mengembangkan persahabatan tradisional, mengintensifkan kerjasama praktikal, agar menggalakkan hubungan perkongsian persahabatan komprehensif berorientasikan masa depan antara kedua-dua negara ini mencapai kemajuan baharu," kata Xi.

Video