Pempamer Veteran CIIE Berkongsi Peluang di China

(CRI)Isnin 06 November 2023

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi keenam yang berada pada fasa persiapan terakhir akan membuka tirai di Shanghai pada 5 hingga 10 November ini.

Pada beberapa hari akan datang, Ekspo akan menyaksikan penglibatan tetamu dari 154 buah negara, kawasan dan pertubuhan antarabangsa, serta lebih 3,400 syarikat pempamer antarabangsa, termasuk lebih 1,500 syarikat yang berkaitan dengan pelaksanaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) .

"Kami telah menjadi pempamer CIIE untuk enam tahun berturut-turut dan percaya akan memperolehi lebih banyak peluang kali ini." kata Pengurus Besar Syarikat Dole Asia Holdings Singapura bagi Zon China, Yang Zhenyu.

Pada hakikatnya, antara 3,400 syarikat pempamer, terdapat banyak lagi "pempamer veteran" seumpama Dole yang tidak ketinggalan dalam CIIE setiap edisi.

"Barangan pameran cepat dijual" dan "pempamer menjadi pelabur", "Biarlah pasaran China menjadi pasaran seluruh dunia yang dapat dikongsi oleh semua orang". China yang tidak pernah bercakap kosong bertindak konsisten membawa ruang pembangunan besar kepada sektor korporat pelbagai negara.

Difahamkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat 5.2 peratus pada tiga suku pertama tahun ini, lebih cepat daripada entiti ekonomi maju utama di dunia. Antaranya, penggunaan yang melantun menjadi kuasa besar yang menyumbang 4.4 peratus kepada pertumbuhan KDNK.

Bagi modal asing, statistik tersebut bermakna potensi dan peluang yang besar. Selain pasaran yang terdiri daripada 1.4 bilion populasi dan 400 juta golongan berpendapatan sederhana, pelaksanaan dasar pembaharuan dan keterbukaan yang konsisten di China juga merupakan tarikan penting bagi pelabur asing.

Pada saat menjelang CIIE ke-6, projek pilot kerjasama "e-dagang jalan Sutera" sebagai langkah utama China untuk menyokong pembinaan bersama bermutu tinggi dalam kerangka BRI, telah diesahkan dan dimulakan di Shanghai bagi memacu pembangunan "Jalan Sutera Digital".

Menurut sesetengah pempamer, BRI diharapkan dapat diperluas keterangkumannya supaya lebih banyak rakan boleh berkongsi pencapaian yang holistik.

Video

Berita Berkaitan