515 Syarikat, Institusi akan Ambil Bahagian dalam Ekspo Rantaian Bekalan Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 23 November 2023

Ekspo Promosi Rantaian Bekalan Antarabangsa China yang pertama akan diadakan di Beijing dari 28 November hingga 2 Disember.

Zhang Shaogang, Naib Presiden Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China mengumumkan dalam sidang akhbar khas pada 21hb bahawa ekspo itu menawarkan kawasan pameran seluas 100,000 meter persegi dan akan menyediakan rantaian kereta pintar, pertanian hijau, tenaga bersih, teknologi digital, rantaian kehidupan sihat dan sebagainya. Semua rantaian tersebut akan dikategorikan kepada lima kawasan pameran rantaian perkhidmatan dan rantaian utama. Sebanyak 515 syarikat dan institusi China dan asing mengambil bahagian dalam pameran itu, memfokuskan pada paparan teknologi baharu, produk baharu dan perkhidmatan baharu dalam pautan utama rantaian huluan, pertengahan dan hiliran.

Dilaporkan bahawa Ekspo Rantaian China yang pertama itu mempunyai 26% pempamer dari luar negara. Syarikat-syarikat “Fortune 500” dan yang terkemuka dalam sistem rantaian bekalan global akan mengambil bahagian dalam pameran itu, meliputi 55 negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan