Xi Pengerusikan Mesyuarat mengenai Pembangunan Berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, Kepimpinan PKC terhadap Ehwal Luar

(CRI)Selasa 28 November 2023

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat bagi membahas cadangan berhubung pendekatan memperkasa pembangunan berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze serta garis panduan mengenai kepimpinan PKC terhadap kerja hal ehwal luar pada Isnin.

Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Menurut mesyuarat itu, pembangunan berkualiti Jalur Ekonomi Sungai Yangtze bergantung kepada persekitaran ekologi yang berkualiti di kawasan aliran sungai berkenaan. Usaha perlindungan perlu diperkasakan, sementara langkah bersepadu dijalankan dalam menurunkan pelepasan karbon, mengurangkan pencemaran, memperluas penghijauan dan memacu pertumbuhan.

Mesyuarat itu juga menegaskan perlunya meningkatkan kepimpinan jawatankuasa pusat PKC terhadap kerja hal ehwal luar dan mempercepat pembinaan sistem undang-undang yang lengkap membabitkan kerja berkenaan.

Video

Berita Berkaitan