Keuntungan Perusahaan Besar Sektor Industri China Terus Meningkat

(CRI)Selasa 28 November 2023

Keuntungan yang diperoleh perusahaan besar dalam sektor industri China pada bulan Oktober naik 2.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus menyaksikan pertumbuhan positif untuk tiga bulan berturut-turut.

Demikian menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Kebangsaan China(NBS) pada Isnin.

Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini pula, keuntungan perusahaan besar dalam sektor industri menurun 7.8 peratus tahun ke tahun, iaitu lebih rendah 1.2 mata peratusan berbanding tempoh 9 bulan pertama.

Dalam tempoh 10 bulan pertama itu, pendapatan yang diperoleh perusahaan besar dalam sektor industri naik 0.3 peratus, antaranya bulan Oktober menyaksikan peningkatan sebanyak 2.5 peratus, lebih tinggi 1.3 mata peratusan berbanding bulan September, sekali gus menyaksikan peningkatan untuk empat bulan berturut-turut.

Walaupun keuntungan yang diperoleh perusahaan dalam industri pembuatan bahan mentah dan barang pengguna menurun tahun ke tahun pada bulan Januari hingga September di negara ini, namun keuntungan yang diperoleh perusahaan dalam industri pembuatan barang pengguna naik 2.2 peratus pada bulan Oktober.

Selain itu, keuntungan yang diperoleh perusahaan dalam industri pembuatan peralatan menyaksikan peningkatan 1.1 peratus tahun ke tahun pada 10 bulan pertama tahun ini dan trend peningkatan ini kekal stabil.  

Video

Berita Berkaitan