Ekonomi China Tingkat 5.2% pada 2023

(CRI)Khamis 18 Januari 2024

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China pada tahun 2023 meningkat sebanyak 5.2% berbanding tahun 2022.

Demikian dinyatakan oleh Biro Statistik Negara China pada 17 Januari.

Berdasarkan keadaan ekonomi China tahun 2023, peningkatan ekonomi China bukan sahaja melebihi kadar pertumbuhan global yang dijangkakan sekitar 3%, malah ia merupakan salah satu yang tertinggi di antara ekonomi utama dunia.

Sumbangan ekonomi China kepada pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2023 dijangka akan melebihi 30%, menjadi enjin terbesar pertumbuhan ekonomi dunia.

Video

Berita Berkaitan