PBB Bakal Keluar Setem TBC 2024

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 18 Januari 2024

Pentadbiran Pos Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPA) akan mengeluarkan helaian setem khas sempena Tahun Baharu Cina (TBC) tidak lama lagi.

Menurut UNPA, helaian setem yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat itu terdiri daripada 10 setem denominasi USD1.50 setiap satu, dengan gambar seekor naga terbang di awan bersempena Tahun Naga bagi tahun lunar Cina untuk 2024.

Difahamkan, logo PBB di sebelah kiri berfungsi sebagai tab setem dan boleh digantikan dengan foto untuk diperibadikan.

UNPA telah melengkapkan keseluruhan kitaran zodiak Cina bagi 12 haiwan pada tahun 2021. Setem naga baharu adalah yang ketiga daripada kitaran zodiak baharu yang dikeluarkan untuk siri setem Tahun Baharu Cina UNPA.

Helaian setem naga menampilkan karya seni oleh Tiger Pan dari China, yang turut menggambarkan siri Kalendar Lunar bagi tahun 2018 dan untuk dua helaian pertama kitaran zodiak Cina baharu sejak 2022.

TBC atau turut dikenali sebagai Festival Musim Bunga merupakan cuti paling penting bagi orang Cina di seluruh dunia. Festival Musim Bunga tahun ini jatuh pada 10 Februari.

Video

Berita Berkaitan