Pembinaan Balai China untuk Ekspo Dunia 2025 di Osaka-Kansai Jepun Bermula

(CRI)Jumaat 02 Februari 2024

Pembinaan Balai China untuk Ekspo Dunia 2025 di Osaka-Kansai Jepun bermula pada pukul 10 pagi tadi.

Dengan bertemakan "Membina Bersama Komuniti Berkognsi Nasib Sesama Manusia dan Alam-Masyarakat Masa Depan Berorientasikan Pembangunan Hijau", Balai China itu direka bentuk dan dibina untuk memperlihatkan visi yang diperjuangkan pelbagai negara termasuk China dan usaha yang konsisten mereka untuk berganding bahu membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan dan mewujudkan dunia yang bersih dan indah untuk generasi akan datang.

Balai China yang seluas kira-kira 3,500 meter persegi yang berwarna kuning buluh dengan reka bentuknya serupa "Slip Buluh Tertulis Huruf China" yang terbuka, merupakan salah satu balai binaan negara pempamer asing yang terbesar di Ekspo tersebut.

Ekspo Dunia 2025 dijadualkan berlangsung dari 13 April hingga 13 Oktober 2025 di Taman Ekspo Osaka di Kansai, Jepun.

Menurut jangkaan pihak penganjur, sebanyak 150 negara dan wilayah serta 25 pertubuhan antarabangsa akan mengambil bahagian dalam Ekspo yang terletak di sebuah pulau buatan yang dipanggil Yumeshima ("Pulau Impian") di bahagian barat bandar Osaka itu, dan jumlah pelawat dijangka mencatat lebih 28 juta orang sepanjang berlangsungnya Ekspo tersebut.

Video

Berita Berkaitan