WGS 2024 Buka Tirai di Dubai

(CRI)Selasa 13 Februari 2024

Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) 2024 yang dijadual berlangsung selama tiga hari membuka tirai di Dubai pada Isnin.

Bertemakan 'Shaping Future Governments', sidang kemuncak itu bertujuan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dan memberi cadangan kepada kerajaan pelbagai negara dalam usaha mengatasi cabaran global.

Topik yang menjadi tumpuan sidang berkenaan antaranya termasuk situasi di Gaza, konflik Rusia-Ukraine, pilihan raya pelbagai negara, pemulihan ekonomi global serta tenaga dan perubahan iklim.

Video