Sesi Pendengaran ICJ Bincang Kesan Perundangan Pendudukan Israel terhadap Wilayah Palestin

(CRI)Selasa 20 Februari 2024

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang terletak di The Hague mengadakan sisi pendengaran bermula Isnin, membincangkan kesan perundangan yang timbul daripada pendudukan Israel terhadap wilayah Palestin.

Wakil dari lebih 50 negara akan membentangkan pendirian masing-masing dalam sesi pendengaran selama enam hari itu, namun wakil Israel dijangka tidak akan hadir.

ICJ memperkenalkan "langkah sementera" yang mempunyai kuasa mengikat di sisi undang-undang pada 26 Jan lalu, menuntut Israel mematuhi Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya mengelakkan tindakan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Video

Berita Berkaitan