Bandar Pelabuhan Colombo penting bagi transformasi ekonomi Sri Lanka

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Februari 2024
Bandar Pelabuhan Colombo penting bagi transformasi ekonomi Sri Lanka

Bandar Pelabuhan Colombo dianggap memiliki potensi yang besar untuk menjana transformasi yang hendak direalisasikan oleh Sri Lanka.

Gabenor bank pusat negara itu, Nandalal Weerasinghe berasa optimistik bandar tersebut akan muncul sebagai hab komersial berperingkat global dengan kehadiran pengusaha tempatan dan antarabangsa.

“Kami percaya projek ini akan mengubah nasib negara,” kata Weerasinghe kepada wartawan.

Beliau memaklumkan bahawa beberapa agensi perakaunan antarabangsa meramalkan Colombo akan menarik masuk pelaburan berjumlah 15 bilion dolar Amerika.

Tambahnya lagi, China telah mempermudah pembinaan prasarana di negaranya, yang turut membuka jalan kepada pembangunan sosioekonomi.

Video

Berita Berkaitan