Anak Anjing Laut Diselamatkan di Pantai Dalian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Februari 2024

Anak anjing laut di pusat penyelamat marin di Dalian, provinsi Liaoning. (China Daily/Li Xuejin)

Anak anjing laut di pusat penyelamat marin di Dalian, provinsi Liaoning. (China Daily/Li Xuejin)

Seekor anak anjing laut bertompok yang ditemui di sebuah pantai di Dalian, provinsi Liaoning pada Sabtu lalu sedang dijaga rapi oleh penyelidik di pusat penyelamat marin tempatan bagi memastikan ia dalam keadaan baik sebelum boleh dilepaskan semula ke habitatnya.

"Ketika baru masuk, anjing laut itu seberat 11.5 kilogram, tanda ia berada dalam keadaan yang agak kurus. Tetapi sekarang ia bersemangat dan sangat cergas," kata Wang Zhen, pembantu penyelidik di Institut Penyelidikan Sains Lautan dan Perikanan Liaoning.

Wang berkata, anak anjing laut itu mempunyai selera makan yang baik dan perlu diberikan makanan cecair sebanyak empat hingga lima kali sehari.

“Oleh sebab sistem penghadamannya sensitif, ia memerlukan makanan berkhasiat yang disediakan khas."

"Daging ikan, selepas dibuang kulit dan tulang, dilumatkan, dicampur dengan susu tepung, dipanaskan sedikit, dan kemudian diberikan kepada anak anjing laut melalui tiub perut," ujarnya lagi.

Menurut Meng, iaitu individu yang mula-mula menjumpai haiwan itu, angin bertiup sangat kencang pada hari itu, dan anak anjing laut itu kelihatan seperti telah dihanyutkan oleh ombak besar.

"Pada mulanya, kami cuba membawanya kembali ke laut, tetapi apabila kami menghampiri, anak anjing laut itu mungkin berasa takut, lalu menampakkan giginya dan menggeram kepada kami," katanya.

Meng menghubungi talian khas pasukan pentadbiran maritim dan perikanan, kemudiannya satu pasukan bergegas ke tempat kejadian lalu memaklumkan kepada institut penyelidikan.

Susulan pemeriksaan di tapak yang mengesahkan tiada kecederaan luaran, anjing laut itu diletakkan di dalam sangkar dan dipindahkan ke institut untuk jagaan lanjut.

Video

Berita Berkaitan