Hebahan: Kongsikan Cerita China Anda

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 27 Februari 2024

Persahabatan antara rakyat merupakan kunci kepada hubungan yang baik antara negara. Asas hubungan negara dengan satu negara lain terletak pada rakyat, manakala sumber kekuatan terletak pada persahabatan antara rakyat.

Hari ini, kami mahu kongsikan keterujaan kami dengan melancarkan kempen menulis karya "Me and China", iaitu usaha bersama People's Daily dan Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing.

Justeru, kami mengundang rakyat dari seluruh dunia untuk berkongsi kenangan gembira anda tentang China dan rakyatnya.

Kami kini aktif mencari sebarang cerita tentang pengalaman anda di China atau interaksi dengan rakan China. Bagi memenuhi kriteria, anda hanya perlu pastikan bahawa cerita anda jelas, tepat dan menarik.

Syaratnya pula, karya anda mestilah artikel asal yang belum diterbitkan atau dikeluarkan secara umum, atau disiarkan di Internet. Anda boleh menghantar karya dalam bahasa Cina atau bahasa lain, tetapi jika bukan dalam bahasa Cina, sila sertakan terjemahan bahasa Cina atau Inggeris.

Pastikan karya anda di bawah 3,000 aksara jika dalam bahasa Cina atau diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Versi bahasa Inggeris tidak boleh melebihi 2,500 patah perkataan. Panjang karya dalam bahasa lain hendaklah mengikut had aksara dalam versi bahasa Cina terjemahannya. Anda juga boleh sertakan sekali foto, video atau bahan lain dengan cerita anda.

Sila e-mel penyertaan ke [email protected]. Letakkan "Me and China" dalam subjek e-mel dan sertakan nombor hubungan. Pastikan penyertaan dihantar sebelum 25 Mei 2024.

Kami akan memilih cerita terbaik untuk diterbitkan dalam lajur "Me and China" People's Daily dalam bahasa Cina, selepas diedit dan diterjemahkan. Versi bahasa Inggeris akan muncul di saluran bahasa Inggeris laman web People's Daily Online dan dalam People's Daily English Language App, sementara karya yang diterbitkan akan dibayar.

Selepas diterbitkan, kami akan memilih beberapa karya cemerlang dan menyampaikan sijil dan hadiah kepada penulis.

People’s Daily,

Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing,

27 Februari 2024

Video