China Pasarkan Produk Internet Satelit untuk Tujuan Komersial

(CRI)Rabu 28 Februari 2024

Sebagai pengendali Internet satelit di negara ini, Syarikat Komunikasi Satelit China akan memasarkan lebih banyak produk Internet satelit untuk tujuan komersial, berusaha bersama dengan pelbagai syarikat penerbangan menawarkan pakej penggunaan tentang produk Internet satelit penerbangan.

Demikian makluman Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC) dalam sidang media pada Isnin.

Menurut pakar berkenaan dari Bahagian Pasaran Syarikat Komunikasi Satelit China, penumpang sebelum menaiki pesawat boleh mencari maklumat penerbangan dalam Internet terlebih dahulu, dan membeli pakej penggunaan Internet satelit secara dalam talian. Dengan demikian, mereka boleh menghubungkan telefon bimbit atau terminal lain ke jaringan Wi-Fi dalam penerbangan di udara untuk menonton video, melayari laman web, menonton siaran acara sukan dengan lancar dengan kelajuan yang sama dengan kelajuan rangkaian 4G.

Pada masa ini, aplikasi komunikasi satelit menjadi semakin popular dalam pelbagai bidang dan segenap proses ekonomi, masyarakat dan kehidupan rakyat, dan internet satelit, sebagai salah satu bidang utama infrastruktur rangkaian komunikasi, telah menjadi tonggak kepada ekonomi digital.

Video

Berita Berkaitan