Langkah Permudah Warga Asing Pakai E-dompet di China

Alipay, antara e-dompet terbesar di China, secara percubaan membuka perkhidmatan mereka kepada pengguna asing tanpa perlu mengesahkan identiti untuk had pembayaran tertentu.

Diumumkan Dewan Negara China pada sidang media Jumaat lalu, e-dompet China terutamanya Alipay dan Wechat Pay bakal meningkatkan had transaksi tunggal warga asing daripada 1,000 dolar AS kepada 5,000 dolar AS, dan had transaksi kumulatif tahunan daripada 10,000 dolar AS kepada 50,000 dolar.

Menurut perkiraan, kini e-dompet China seperti Alipay dan Wechat Pay boleh diakses dengan 13 e-dompet di luar negara bagi memudahkan pelancong asing di China.

Sebagai contoh, seramai 200,000 pengguna Touch'n Go eWallet (TNGD), pernah menggunakan e-dompet Malaysia itu di China. Jumlah transaksi tercatat pada Disember 2023 meningkat lebih 200 kali ganda berbanding Mac tahun sama.

Maklum Alan Ni, CEO TNG Digital, pengguna Malaysia pada masa ini boleh juga memakai TNGD di kedai yang menerima Alipay+ di lebih 30 negara selain daripada China.

Dianggarkan hampir 4 juta warga asing menggunakan e-dompet pada 2023, melibatkan 70 juta transaksi dengan jumlah nilai lebih 10 bilion yuan, iaitu sekitar 6.6 bilion ringgit.

Video

Berita Berkaitan