Sasaran Pengeluaran Bijirin Lebih 1.3 Trilion Jin Ditetapkan

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan pada sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 China untuk dibahaskan pada 5 Mac menetapkan matlamat pembangunan utama untuk tahun 2024. Antaranya, sasaran pengeluaran bijirin untuk tahun 2024 melebihi 1.3 trilion jin (650 bilion kilogram).

Apakah asas untuk menentukan sasaran lebih 1.3 trilion jin?

Sejak pelaksanaan Rancangan Negara untuk Menambah Kapasiti Pengeluaran Bijirin sebanyak 100 Bilion Jin (2009-2020), output berjaya mencapai tahap 1.1 trilion jin (550 bilion kilogram), kemudian 1.2 trilion jin (600 bilion kilogram), dan akhirnya 1.3 trilion jin (650 bilion kilogram). Pada 2023, pengeluaran bijirin China mencecah 1.39 trilion jin (695 bilion kilogram), kekal di atas paras 1.3 trilion jin selama 9 tahun berturut-turut.

Bagaimana memastikan matlamat pengeluaran lebih 1.3 trilion jin dicapai?

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap bijirin terus meningkat, namun perubahan iklim dan kejadian cuaca ekstrem mengakibatkan ketidakpastian dalam pengeluaran. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, kestabilan pengeluaran bijirin mesti dipastikan.

Memperbaik pengurusan tanah ladang bijirin

Laporan kerja kerajaan menyarankan pelaksanaan sepenuhnya tanggungjawab sama rata antara Parti dan kerajaan, serta pembentukan sistem penilaian ketat berkaitan perlindungan tanah ladang bijirin dan keselamatan bijirin. Laporan turut memandang penting pembangunan tanah ladang di kawasan tanah hitam dan dataran yang mempunyai penyenggaraan air, begitu juga subsidi kerajaan pusat dan tempatan yang wajar ditingkatkan.

Menggalakkan penyelidikan varieti benih unggul

Laporan kerja kerajaan menekankan usaha lebih hebat dalam penyelidikan mengenai teknologi pertanian yang penting.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China bersungguh-sungguh menggiatkan projek-projek yang melibatkan perlindungan benih, inovasi pembiakan, ujian varieti benih dan sebagainya. Pada tahun ini, China akan memupuk varieti benih unggul yang dipilih di kawasan penanaman percubaan dan seiringan membina platform inovasi peringkat negara bagi industri biji benih.

Mengukuhkan dua sokongan

Laporan kerja kerajaan mengemukakan untuk menambah baik mekanisme jaminan pendapatan untuk petani bijirin dan mengukuhkan sokongan untuk daerah pengeluaran utama.

Video

Berita Berkaitan