China Temui Medan Minyak Berkapasiti 100 Juta Tan yang Pertama di Air Dalam dan Telaga Dalam

(CRI)Sabtu 09 Mac 2024

China menemui medan minyak yang berkapasiti 102 juta tan oil equivalent yang pertama di air dalam dan telaga dalam di Lembangan Muara Sungai Mutiara, yang turut dinamakan Medan Minyak Kaipingnan baru-baru ini.

Menurut Syarikat Minyak Luar Pesisir Nasional China (CNOOC), kawasan perairan sedalam 300 meter dilazimkan air dalam, sedangkan telaga sedalam 3,500 meter lebih ditakrifkan sebagai telaga dalam.

Terletak sejauh kira-kira 300 kilometer dari barat daya bandar Shenzhen, Kaipingnan mempunyai tapak yang dalam maksimumnya 532 meter di bawah paras laut dan telaga minyak yang dalam maksimumnya 4,831 meter.

Operasi ujian terbabit telah menyaksikan pengeluaran minyak dan gas asli berpurata 1,000 tan setiap hari, iaitu satu rekod baharu bagi China dalam bidang berkenaan.

Video

Berita Berkaitan