Usaha China Majukan Kuasa Produktif Kualiti Baharu Jadi Tumpuan

(CRI)Isnin 11 Mac 2024

Usaha China dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu dan mewujudkan pembangunan berkualiti menjadi tumpuan pakar dan sarjana yang menghadiri sesi dialog anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN).

Mutakhir ini, CGTN bersama 20 media dan kumpulan pemikir asing melancarkan sesi dialog 'Kongsi Peluang Baharu Pembangunan Ekonomi' khusus untuk Asia dan Afrika dengan membabitkan 13 negara termasuk Pakistan, Myanmar, Turkiye, Thailand dan Kenya.

Para peserta sependapat bahawa China terus menggerakkan transformasi perindustrian menerusi inovasi teknologi serta mewujudkan kelebihan baharu untuk pembangunan sendiri, sekali gus menjadi teladan serta memberi peluang buat negara membangun.

Bekas Duta Besar Nepal ke China, Lila Mani Paudel berkata kesungguhan China dalam memajukan kuasa produktif kualiti baharu menjadi rujukan kepada pembangunan Nepal.

"Nepal boleh belajar daripada China dan merangka laluan pembangunan sehingga memiliki kuasa produktif kualiti baharu sendiri," ujar beliau.

Pengarah Jabatan Pengajian Strategik Institut Gentala Indonesia, Christine Susanna Tjhin beranggapan bahawa kuasa produktif kualiti baharu menyuntik penggerak baharu bagi membolehkan ekonomi China kekal dinamik.

Beliau yakin ekonomi China akan terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi global.

Ketua Pengarah Institut Pengajian China Akademi Diraja Kemboja, Ky Sereyvath pula berkata usaha China berkenaan bukan sahaja menjana transformasi perindustrian China sendiri, malah menunjukkan hala tuju pembangunan Kemboja dan membekalkan momentum baharu kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.

Video

Berita Berkaitan