Video: Aku Ialah Tamadun China

Anda mungkin tertanya-tanya siapakah aku sebenarnya.

Adakah aku pahlawan terracotta yang kuno lagi misteri atau sekadar panda gergasi yang comel?

Adakah anda terfikir akan kemewahan budaya makanan atau gabungan kekuatan dan kelembutan dalam Kung Fu?

Semua jawapan ini, telah aku dengar berulang kali, tetapi sebenarnya, aku lebih daripada itu.

Sungai Kuning dan Sungai Yangtze yang mengalir melintasi wilayah yang luas, itulah aku.

Kepulan asap yang mengepul di padang pasir utara yang luas, gerimis yang membasahi selatan, itulah aku.

Keindahan dan kepandaian yang tiada tolok bandingnya, itulah aku.

Kepelbagaian dan perpaduan, belajar daripada kekuatan orang lain, itulah aku.

Dalam keturunanku, adanya tamadun ribuan tahun yang tak berkesudahan.

Dalam nadiku, mengalirnya semangat keberanian bangsa Cina.

Pernah merasai kegemilangan, pernah juga melalui kekecewaan.

Namun, aku tak pernah ingin berputus asa.

Dengan terus bertahan, terus menginovasi, aku terus melangkah ke hadapan.

Aku milik sejarah juga milik masa kini.

Aku milik bangsa juga milik seluruh dunia.

Aku percaya manusia dan alam boleh hidup dan makmur bersama dengan harmoni.

Aku sokong usaha berterusan untuk membaiki diri dan mengajak dunia melakukan kebaikan.

Aku akan mencari dan membina keharmonian sejagat serta berpegang pada visi bahawa dunia adalah untuk semua.

Melalui lebih daripada 5,000 tahun, menghimpunkan lebih 1.4 bilion orang daripada 56 kumpulan etnik...

Kini, Pemodenan Ala China telah memberi aku lebih banyak kekuatan.

Masa lampau yang belum berlalu pergi...

Masa depan yang telah ada di sini...

Aku terima segala-galanya dengan fikiran terbuka.

Tunjukkan kepada dunia.

Aku ialah tamadun China,

mengalir dan berkembang merentasi bumi China.

Video

Berita Berkaitan