Penyerahan Dermaan China kepada Pelajar Myanmar

(CRI)Jumaat 07 Jun 2024

Majlis penyerahan dermaan untuk pelajar Myanmar sempena ulang tahun ke-74 jalinan hubungan diplomatik China-Myanmar diadakan di Sekolah Menengah 14 Hlaing Thaya di Yangon, Myanmar pada Khamis.

Kedutaan besar China dan Tabung Pembangunan Kawasan Luar Bandar China bersama-sama memberikan alat pelajaran dan beg makanan kepada pelajar di sekolah itu.

Duta China Chen Hai menyatakan, China bersedia bersama Myanmar untuk mencipta lebih banyak peluang dan platform kepada golongan remaja kedua-dua negara untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan.

Beliau menzahirkan harapan agar para pelajar di sekolah itu belajar bersungguh-sungguh dan menjadi tonggak kepada pembangunan negara Myanmar, selain menjadi pewaris dan penyumbang kepada hubungan persahabatan "Pauk Phaw" antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan