Kisah Xi |  Pemuliharaan Ekologi Bantu Jana Rezeki di Kampung Changkou

Kampung Changkou terletak di bandar Sanming, provinsi Fujian, tenggara China. Menjelang Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada 2022, setiap penduduk kampung diberikan angpao bernilai 150 yuan yang merupakan dividen daripada penjualan kupon karbon perhutanan pada 2021, iaitu sebanyak RMB140,000.

Sampel kupon karbon perhutanan Sanming.

Sampel kupon karbon perhutanan Sanming.

Kupon tersebut boleh digunakan untuk transaksi kredit karbon dalam pasaran karbon. Pada 18 Mei 2021, kampung Changkou memperoleh kupon karbon perhutanan pertama di China yang bernombor 0000001.

Kupon tersebut membuka pintu rezeki baharu bagi kampung itu, iaitu dengan memulihara ekologi setempat.

Penduduk kampung Changkou mendapat kupon karbon perhutanan pertama.

Penduduk kampung Changkou mendapat kupon karbon perhutanan pertama.

Usaha pemuliharaan alam sekitar di kampung itu telah bermula sejak tahun 1997. Presiden Xi Jinping yang ketika itu menyandang jawatan timbalan setiausaha jawatankuasa PKC provinsi Fujian menegaskan kepentingan pemuliharaan ekologi ketika membuat tinjauan di bandar Sanming.

“Hutan yang hijau dan sungai yang jernih adalah khazanah yang tidak ternilai,” demikian kata Xi kepada kader tempatan dalam kunjungannya ke kampung Changkou pada 11 April 1997, sambil berpesan kepada mereka agar menerokai nilai ekonomi hutan dan sungai.

Xi ketika itu turut menyifatkan perhutanan berasaskan ekologi sebagai trend masa depan. Beliau menekankan betapa perlunya usaha untuk menjaga keseimbangan antara industri perhutanan dan ekologi, kalau tidak kedua-duanya akan hilang lenyap pada kemudian hari.

Monumen yang terukir pesanan Xi Jinping.

Monumen yang terukir pesanan Xi Jinping.

Pesanan tersebut terpahat di hati penduduk tempatan yang kini giat berusaha menerokai peluang baharu dalam bidang perdagangan karbon.

Video

Berita Berkaitan