Chang'e-6 Kumpul Sampel Seberat 1,935.3 Gram dari Sisi Jauh Bulan

(CRI)Jumaat 28 Jun 2024

Prob penyelidikan Chang'e-6 berjaya membawa pulang sampel seberat 1,935.3 gram dari sisi jauh bulan, menurut Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).

Sampel berkenaan diserahkan kepada Akademi Sains Sosial China (CASS) dalam satu majlis yang berlangsung di sini, pada Jumaat dan akan dihantar ke makmal khusus untuk penyelidikan saintifik.

Naib Pengarah CNSA, Bian Zhigang dalam sidang media pada Khamis berkata misi Chang'e-6 merupakan misi eksplorasi bulan yang berteknologi paling tinggi dalam sejarah aeroangkasa China.

Selain membawa balik sampel dari sisi jauh bulan buat julung kalinya dalam sejarah manusia, Chang'e-6 turut menjayakan tiga teknologi penting iaitu reka bentuk dan kawalan orbit songsang bulan serta pensampelan pintar dan naik terbang dari bahagian jauh bulan.

Sepanjang misi Chang'e-6 itu, China juga melakukan program kerjasama melibatkan muatan, pengukuran dan pengawalan dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA) serta Perancis, Itali dan Pakistan, dan berjaya memperoleh data sains yang amat bernilai.

Video

Berita Berkaitan