China, Filipina Sepakat Bersinergi Perangi Jenayah Rentas Sempadan

(CRI)Selasa 02 Julai 2024

China dan Filipina sepakat memperkasa kerjasama penguatkuasaan undang-undang dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan nyawa dan harta rakyat diberi perlindungan lebih efisien.

Kesepakatan itu hasil pertemuan antara Duta Besar China ke Filipina Huang Xilian dengan Setiausaha Eksekutif Presiden Filipina, Lucas Bersamin yang turut mempengerusikan Suruhanjaya Anti-Jenayah Terancang Presiden (PAOCC).

Semasa pertemuan pada Isnin, kedua-dua pihak juga mengimbas kembali kemajuan dicapai agensi penguatkuasa undang-undang kebelakangan ini dalam tindakan bersama membanteras jenayah seperti penculikan dan pembunuhan, penipuan telekomunikasi, pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan