Minyak Sawit, Jambatan Hubungkan Rakyat China-Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 12 Julai 2024

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Chan Foong Hin menyeru agar peranan penting minyak sawit ditekankan dalam perkongsian antara China dan Malaysia.

Menurut beliau, minyak sawit bukan dilihat sekadar aktiviti komersial, malah turut merupakan jambatan yang menghubungkan rakyat, budaya dan ekonomi kedua-dua negara, sekali gus mencerminkan hubungan dua hala yang saling berkongsi.

“Dari sudut kerjasama ekonomi, perdagangan minyak sawit merupakan salah satu bidang kerjasama yang penting antara kedua-dua negara, dengan Malaysia merupakan antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, dan China merupakan pasaran penting bagi Malaysia.

“Kerjasama minyak sawit dalam kalangan peniaga kedua-dua negara bukan sahaja menggalakkan pembangunan ekonomi dua hala juga, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada kestabilan dan pembangunan rantaian bekalan global,” ujar Chan.

Jelasnya kedua-dua negara juga secara aktif meneroka penggunaan sisa minyak sawit secara menyeluruh, mencapai kitar semula sumber melalui tenaga biojisim dan penjanaan kuasa pasang surut, yang secara tidak langsung mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Chan berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada Dialog Meja Bulat Perkongsian Rantaian Nilai Hijau Malaysia-China di Beijing, ibu negara China, pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Kerjasama Alam Sekitar China-ASEAN di Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China, Li Yonghong turut mencadangkan agar kerjasama rantaian nilai hijau digunakan sebagai peluang oleh China dan Malaysia bagi melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 dan menggalakkan pelaksanaan inisiatif pembangunan global secara berterusan.

Beliau turut menyarankan agar kerjasama rantaian nilai hijau China-Malaysia diteroka di bawah rangka kerja Perkongsian Rantaian Nilai Hijau China-ASEAN, selain membina konsensus mengenai rantaian nilai hijau antara China dan Malaysia melalui dialog dasar, perniagaan, dan saintifik, serta menguasai produk tipikal serantau melalui bersama penyelidikan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO), Mohd Shahari Idris berkata pihaknya turut berobjektif untuk memastikan agar industri itu dan rantaian bekalannya diurus secara mampan mengikut undang-undang serta peraturan negara dan antarabangsa, sekali gus menangani isu global berkaitan minyak sawit.

Ketika diwawancara People’s Daily Online, beliau turut berpandangan bahawa usaha memperluaskan jangkauan pasaran di kawasan luar bandar, melabur dalam R&D, dan meningkatkan inisiatif kemampanan boleh memacu pertumbuhan serta memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang.

Video

Berita Berkaitan