Pelaburan Langsung Bukan Kewangan China Meningkat 16.2%

(CRI)Jumaat 23 Ogos 2024

Menurut perangkaan Kementerian Perdagangan China pada Khamis, pada bulan Januari hingga Julai lalu, pelaburan langsung bukan kewangan di luar pesisir meningkat 16.2 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat USD83.55 bilion (RM365.6 bilion).

Antaranya, pelaburan kepada negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 7.7 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu, mencecah USD17.94 bilion (RM78.5 bilion).

Pada masa yang sama, jumlah urus niaga berkaitan projek kontraktor China di luar pesisir mencapai USD86.28 bilion (RM377.52 bilion), naik 6.6 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun lalu.

Selain itu, terdapat kontrak baharu yang bernilai USD133.95 bilion (RM586.1 bilion) yang termeterai, meningkat 25 peratus.

Video

Berita Berkaitan