Singapura Umum Langkah Kawal Mpox

(CRI)Khamis 05 September 2024

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengumumkan pelbagai langkah kesihatan awam untuk menangani sebarang kemungkinan wabak cacar monyet atau Mpox merebak di republik itu.

Antara langkah-langkah pencegahan yang akan dilaksana ialah kawalan sempadan, ujian saringan, kuarantin, rawatan dan vaksinasi.

MOH menerusi pengumuman pada Rabu berkata, pemeriksaan suhu badan dan visual akan dijalankan di Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Seletar terhadap semua pelawat dan anak kapal dari kawasan yang dikesan wabak Mpox.

Selain itu, semua pengembara diwajibkan mengisi borang ketibaan untuk melaporkan gejala serta sejarah perjalanan yang berkaitan dengan Mpox.

Video

Berita Berkaitan