Taufan Yagi: PM Li Sampaikan Simpati kepada Vietnam

(CRI)Ahad 15 September 2024

Perdana Menteri China, Li Qiang telah menyampaikan simpati kepada rakan sejawatnya dari Vietnam, Phạm Minh Chinh atas bencana taufan Yagi yang baru membadai negara itu.

Li Qiang berkata, taufan Yagi yang mengganas di sejumlah provinsi di bahagian utara Vietnam baru-baru ini telah membawa maut dan kecederaan serta mengakibatkan kerugian harta benda dalam jumlah yang besar.

"Saya mewakili kerajaan China dan atas nama sendiri menyampaikan simpati kepada mangsa bencana, dan percaya bahawa mereka pasti akan mengatasi bencana dan memulihkan pengeluaran dan kehidupan dengan pimpinan Parti dan kerajaan Vietnam'" kata Li.

Sementara itu, Menteri Luar China, Wang Yi juga menyampaikan simpati kepada rakan sejawatnya dari Vietnam, Bui Thanh Son berhubung perkara itu.

Video

Berita Berkaitan