Kawasan Barat China Teroka Potensi E-dagang dengan ASEAN

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 27 September 2024
Kawasan Barat China Teroka Potensi E-dagang dengan ASEAN
12 wilayah di kawasan barat China menandatangani MOU mengenai e-dagang rentas sempadan. (Foto ihsan penganjur)

Satu majlis dianjurkan bagi mempromosi kerjasama e-dagang rentas sempadan China-ASEAN di Nanning, ibu wilayah Guangxi, menyaksikan termeterainya MOU antara kerajaan 12 wilayah di kawasan barat China untuk bekerjasama menerokai potensi e-dagang dengan kawasan lain China dan negara-negara ASEAN.

2024 adalah tahun pembuka bagi agenda sepuluh tahun kedua pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan. Untuk mengambil kesempatan itu, jabatan perdagangan wilayah-wilayah barat China membentuk satu perikatan kerjasama e-dagang yang melibatkan Guangxi, provinsi Sichuan, provinsi Shaanxi, provinsi Yunnan, provinsi Guizhou, wilayah Tibet, bandar Chongqing, wilayah Mongolia Dalam, provinsi Gansu, provinsi Qinghai, wilayah Xinjiang dan wilayah Ningxia.

Difahamkan, 12 wilayah tersebut akan bekerjasama menerokai potensi perniagaan e-dagang dengan negara-negara ASEAN dan membolehkan produk-produk yang berkualiti tinggi memasuki pasaran China, sekali gus membawa kedinamikan baharu kepada kerjasama China-ASEAN.

Video

Berita Berkaitan