Kapal Hospital China "Peace Ark" Buat Lawatan ke Cameroon

(CRI)Selasa 08 Oktober 2024

Kapal hospital "Peace Ark" Tentera Laut China tiba di Pelabuhan Douala, Cameroon pada Isnin untuk lawatan selama tujuh hari ke negara itu.

Ini kali pertama kapal hospital "Peace Ark" melawat Cameroon.

"Peace Ark" yang dalam "Misi Harmoni-2024" akan menawarkan perkhidmatan perubatan kepada rakyat Cameroon, di samping itu, menghantar beberapa kumpulan pakar ke hospital, tentera dan agensi kerajaan tempatan untuk menjalankan rawatan bersama, pertukaran ilmiah, penyelenggaraan peralatan, dan latihan kemahiran pertolongan cemas.

Selain itu, perwakilan tentera dari kapal hospital itu juga akan melawat ke sekolah, rumah anak yatim, dan pangkalan tentera untuk memberikan ceramah mengenai pengetahuan kesihatan, mengikuti pertukaran kebudayaan, selain mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan askar Cameroon.

Video

Berita Berkaitan