PM Li Hadiri Persidangan Pemimpin Kerjasama Asia Timur dan Lawat Laos

(CRI)Khamis 10 Oktober 2024

Atas undangan Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri China Li Qiang bertolak dari Beijing semalam untuk menuju ke Vientiane bagi menghadiri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur, dan seterusnya mengadakan lawatan rasmi di negara pengerusi bergilir ASEAN itu.

Pesawat yang dinaiki Li mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di Vientiane pada malam semalam waktu tempatan, dan turut mendapat sambutan daripada Menteri Pelaburan dan Perancanganan Laos, Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Laos-China dan Duta Besar China di Laos, Fang Hong.

Li berkata, China menyokong kepusatan ASEAN dalam kerjasama serantau, menyokong ASEAN memainkan peranan yang lebih besar dalam hal ehwal antarabangsa, bersedia bertukar-tukar pandangan secara mendalam dengan pelbagai pihak tentang topik penting kerjasama serantau di samping bersama-sama mendorong rantau ini terus wujud sebagai enjin utama bagi pembangunan global.

Menurut Li, hubungan China-Laos telah memasuki era baharu pembinaan komuniti berkongsi nasib di bawah pimpinan Presiden Xi dan Presiden Thongloun Sisoulith pada tahun-tahun kebelakangan ini. Sehubungan itu, China bersedia terus meningkatkan kerjasama dengan Laos untuk mencapai lebih banyak kemajuan yang ketara dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan