- Lain-lain
Gencatan Senjata Lubnan-Israel Dijadikan Keutamaan Utama - Wakil China
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menegaskan bahawa gencatan senjata Lubnan-Israel mesti dijadikan keutamaan utama.
Demikian kata beliau pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang diadakan atas permintaan Perancis untuk mempertimbangkan situasi antara Lubnan dan Israel pada Khamis.
Fu berkata, ketegangan situasi antara Lubnan dan Israel semakin meruncing sejak beberapa minggu lalu.
“Serangan yang dilancarkan Pasukan Pertahanan Israel terhadap pangkalan dan pos pemerhati Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) telah mengakibatkan kecederaan kakitangan UNIFIL pada beberapa jam sebelum ini.
“China menyatakan keprihatinan serius dan kecaman keras terhadap serangan tersebut, dan mengulangi bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik perlu mengambil tindakan yang tulen bagi memastikan keselamatan semua kakitangan dan aset PBB, termasuk UNIFIL terjamin,” katanya.
Fu menambah, adalah semakin mendesak bagi UNSC untuk mengambil langkah yang diperlukan.
“China menggesa negara-negara tertentu untuk menghentikan tindakan cuai yang pasif dan persekongkolan, sebaliknya memikul tanggungjawab memainkan peranan yang membina untuk mengelakkan pergolakan situasi daripada kian meruncing,” katanya.
- Hamas Ulangi Desakan Laksana Gencatan Senjata
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah
- Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza
- Hamas Tekankan Tuntutan dalam Rundingan mengenai Gencata Senjata
- Resolusi Gencatan Senjata di Gaza pada Ramadan Diluluskan UNSC
- China Gesa Lagi Gencatan Senjata Diwujudkan di Gaza Demi Bantuan Kemanusiaan
- China Hurai Pendirian tentang Isu Palestin-Israel pada Sesi Khas WHO
- Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza
- Hamas, Israel Setuju Lanjutkan Gencatan Senjata Dua Hari