- Lain-lain
China Tekankan Lagi Rundingan di Sebalik Provokasi Filipina
China selama ini memegang pada prinsip bahawa perselisihan pendapat melibatkan laut patut ditangani menerusi dialog dan rundingan berdasarkan fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa, manakala pihaknya tidak berganjak daripada usaha memelihara kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim milik negara sendiri di sebalik provokasi dan pencerobohan dalam apa jua bentuk.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media pada Khamis sebagai membalas kenyataan Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos yang dibuat dalam Sidang Kemuncak ASEAN semalam.
Dimaklumkan, Marcos menegaskan pihaknya memathui peraturan yang selaras dengan tata kelola antarabangsa yang bertunjangkan penguatkuasaan undang-undang, dan menyeru negara anggota ASEAN jangan membuta tuli terhadap tindakan yang bersifat agresif, mengancam dan ilegal yang dialmbil kuasa dari luar blok itu. Memilih berdiam terhadap tindakan seumpama itu hanya akan menjadikan ASEAN semakin terhakis.
Sehubung itu, Mao berkata, Laut China Selatan (LCS) berada dalam keadaan yang stabil dewasa ini, hasil usaha sama China dan pelbagai negara ASEAN yang konsisten dalam melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di LCS (DoC), dan mendorong rundingan Kod Tatalaku LCS (CoC) yang bertujuan mencetuskan fenomena damai, persahabatan dan kerjasama di LCS.
- Filipina Didesak Hentikan Tindakan Cabuli Kedaulatan China
- Wang Yi Hurai Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
- China Komited Tangani Masalah Laut Melalui Dialog
- Lautan Bukanlah Medan Perang Politik - Kementerian Luar China
- Korea Selatan Digesa Bertindak Wajar dan Teliti dalam Isu Taiwan, LCS
- China akan Bertindak Tegas Bela Hak dan Kepentingan Diri
- Sarjana Britain Buktikan Kedaulatan China terhadap LCS
- Cetuskan Fenomena Damai dan Kerjasama di Laut China Selatan - Wang Yi
- China Siap Siaga Pantau Filipina Beraksi Samseng Jalanan di LCS
- China Tegas Bela Kedaulatan Negara