Mesir Cadangkan Gencatan Senjata Semantara di Gaza

(CRI)Isnin 28 Oktober 2024

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mencadangkan gencatan senjata selama dua hari di semenanjung Gaza Israel bagi pertukaran empat orang tebusan Israel dengan sejumlah orang tahanan Palestin.

Demikian dinyatakan Sisi dalam satu sidang media yang diadakan bersama dengan rakan jawatnya dari Algeria, Abdelmadjid Tebboune di Kahera pada Ahad.

Tambah beliau, lebih banyak rundingan akan dilancarkan semula dalam tempoh 10 hari akan datang untuk mewujudkan gencatan senjata yang menyeluruh di Gaza dan memastikan barangan bantuan dapat dibawa masuk Gaza.

Video

Berita Berkaitan