- Lain-lain
UNCTAD Unjurkan Ekonomi Dunia 2024 Tumbuh 2.7%
Ekonomi dunia diunjurkan bertumbuh 2.7 peratus pada tahun 2024 dan 2025. Strategi pembangunan global diharap dipertimbangkan semula memandangkan jurang perbezaan pembangunan antara negara menjadi semakin besar ekoran wujudnya pelbagai cabaran seperti pertumbuhan ekonomi yang lembap serta kemelesetan pelaburan dan perdagangan.
Demikian dinyatakan dalam laporan Majlis Bangsa-bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang disiarkan pada Selasa.
Dimaklumkan, perdagangan Selatan-Selatan meningkat dari USD2.3 trilion (RM10.1 trilion) pada 2007 kepada USD5.6 trilion (RM24.6 trilion) pada 2023. Negara membangun boleh menjadikan ekonomi domestiknya lebih kental dan akomodatif melalui penguatkuasaan perjanjian perdagangan serantau dan perjanjian integrasi serta pelaksanaan dasar perindustrian strategik.