- Lain-lain
Jet Pejuang Halimunan J-35A akan Buat Debut di Airshow China
(CRI)Selasa 05 November 2024
Jet pejuang halimunan J-35A akan membuat debut di Pameran Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China, atau lebih dikenali sebagai Airshow China edisi ke-15.
Demikian dinyatakan oleh Kononel Niu Wenbo dari tentera udara Tentera Pembebaskan Rakyat China (PLA), dalam sidang akhabr di Beijing pada Selasa.
Airshow China ke-15 akan diadakan di Zhuhai, provinsi Guangdong dari 12 hinga 17 Nov ini.
Pakar ketenteraan Li Li menjelaskan bahawa penampilan sulung jet pejuang halimunan bersaiz sederhana J-35A menandakan tentera udara China kini mempunyai dua jenis jet pejuang halimunan, iaitu J-20 dan J-35A.
China turut menjadi negara kedua di dunia yang mempunyai dua jenis jet pejuang halimunan selepas Amerika Syarikat (AS) yang memiliki F-22 dan F-35.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang