CIIE ke-7: Beberapa Teknologi Canggih Buat Penampilan Sulung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 11 November 2024

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 secara rasminya melabuhkan tirainya di Shanghai pada Ahad setelah berlangsung selama enam hari.

Wu Zhengping, Timbalan pengarah Biro CIIE dalam sidang media penutup memberitahu bahawa jumlah urus niaga terkumpul untuk CIIE edisi kali ini adalah AS$80.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak dua peratus berbanding edisi terdahulu.

Difahamkan, pada CIIE tahun ini, sebanyak 450 produk baharu, teknologi baharu dan perkhidmatan baharu telah dipamerkan buat julung-julung kalinya, sekali gus melebihi angka berbanding tahun lepas.

Foto bahagian luar Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di timur China, iaitu ruang utama untuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Foto bahagian luar Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di timur China, iaitu ruang utama untuk Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Pesawat eVTOL, dibangunkan oleh Vertaxi, syarikat permulaan eVTOL China, dipamerkan semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online /Wang Chu)

Pesawat eVTOL, dibangunkan oleh Vertaxi, syarikat permulaan eVTOL China, dipamerkan semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online /Wang Chu)

"CIIE telah menjadi platform penting untuk Honeywell mempersembahkan produknya secara menyeluruh," kata Hou Sai, pengurus komunikasi korporat Honeywell China.

"Ini adalah penampilan ke-7 Honeywell di CIIE, dan saiz reruai kami juga semakin bertambah daripada lebih 50 meter persegi kepada 500 meter persegi. Kami telah mempamerkan sejumlah lebih 160 teknologi, produk dan penyelesaian yang inovatif di CIIE, yang kebanyakannya kini digunakan di China," tambah Hou.

Foto tayar lunar rover yang dihasilkan oleh Michelin semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Foto tayar lunar rover yang dihasilkan oleh Michelin semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Selain itu, pembuat tayar terkemuka Perancis, Michelin turut mempertaruhkan tayar prototaip futuristik untuk kenderaan penerokaan bulan. Direka bentuk istimewa, tayar itu mampu menahan suhu ekstrim, sambil memberikan cengkaman dan kestabilan yang mencukupi pada permukaan lasak bulan. Tayar kereta syarikat yang mengandungi 71 peratus bahan mampan juga telah membuat penampilan sulung di Asia menerusi CIIE.

Seorang kakitangan mempamerkan produk yang membuat penampilan sulungnya di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Seorang kakitangan mempamerkan produk yang membuat penampilan sulungnya di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Medtronic, sebuah syarikat pembangunan peralatan perubatan global, telah mengetengahkan sistem injap aorta transcatheter Evolut FX+ ke CIIE buat pertama kalinya.

"Tahun ini tahun ke-7 berturut-turut Medtronic di CIIE, platform penting untuk meneroka peluang pasaran di China dan mempamerkan teknologi perubatan global yang inovatif," kata Geoff Martha, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Medtronic.

"Kami telah memperkenalkan hampir 400 produk dan rawatan inovatif di CIIE, dengan tujuh produk baharu membuat penampilan sulung mereka tahun ini," kata Martha.

Foto menunjukkan MAGNETOM Terra.X, peralatan pengimejan resonans magnetik (MRI) generasi terbaru oleh Siemens Healthineers di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai. (People’s Daily Online/Wang Chu)

Siemens Healthineers, peserta konsisten CIIE, pada CIIE edisi kali ini mempamerkan MAGNETOM Terra.X, peralatan pengimejan resonans magnetik (MRI) generasi terbaharu.

"Kami berusaha untuk memperkasakan pelanggan untuk meneruskan penyelidikan saintifik yang canggih terhadap penyakit utama dan mencabar. Ini akan memacu kemajuan dalam teknologi perubatan, meningkatkan kualiti dan kecekapan diagnosis dan rawatan untuk pesakit," kata Huang Yi, naib presiden Siemens Healthineers Greater China.

CIIE ke-7 mempamerkan lebih 400 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu, mengukuhkan kedudukannya sebagai landasan pelancar global untuk produk baharu, teknologi termaju dan perkhidmatan inovatif.

Video

Berita Berkaitan