- Lain-lain
Pertukaran Budaya China-AS Pacuan Sektor Perfileman
Pameran perfileman China terserlah dalam Pasar Filem Amerika Syarikat (AS) ke-45 (American Filem Market) yang berakhir di Las Vegas, AS pada 10 November waktu tempatan.
Para pengunjung boleh mendapat pendedahan tentang pencapaian terkini yang dilakar China di "reruai bersama perfileman China" kendalian Syarikat Penerbitan Kerjasama Perfileman China di bawah Syarikat Kumpulan Filem China (CFGC). Pelbagai sumber yang berkualiti tinggi melibatkan 201 item perfileman serta sejumlah filem yang bergenre realistik yang dihimpunkan daripada 55 agensi perfileman domestik China, dilihat dapat mencetuskan momentum baharu kepada pasaran perfileman antarabangsa.
Pengerusi Lembaga Pengarah CFGC, Fu Ruoqing dalam temu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) menyatakan bahawa semasa berlangsungnya temasya itu, enam konglomerat perfileman dari Amerika Utara termasuk 20th Century Fox, Warner Bros., Universal Pictures, Sony Pictures, Disney dan Paramount Pictures masing-masing menyatakan minat terhadap pengedaran perfileman China dan aktif dalam rundingan tentang kerjasama yang berpotensi. Ini mencerminkan kualiti perfileman China diiktiraf dalam pasaran antarabangsa.
Seorang warga perfileman Hollywood yang berprestij, Gerwin Damberg, meyatakan beliau sangat kagum dengan kebangkitan industri perfileman China, dan percaya bahawa terdapat ruang yang luas untuk kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang penghasilan dan inovasi teknologi. Rakyat AS dan China juga boleh mengeratkan pertukaran budaya dan meningkatkan persefahaman melalui sektor perfileman.
George Eyles, naib Presiden Eksekutif Deluxe Film Maker di Hollywood berkata bahawa sebagai pasaran perfileman kedua terbesar di dunia, China mempunyai potensi yang tidak boleh diabaikan. Beliau berharap agar sektor perfileman kedua-dua negara mengadakan kerjasama yang erat untuk membawa lebih banyak karya cemerlang kepada kalangan penonton dalam senario global, sekali gus menggerakkan pembangunan industr dari segenap aspek.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Juilliard415 Buat Persembahan di Sekolah Juilliard Tianjin
- 22 Negara Sertai Festival Filem Antarabangsa di Utara China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Indonesia
- Pameran "Echoes of Camel Bells, Along the Silk Roads" Disambut Baik
- 788 Artifak dari Mesir Purba Dipamerkan di Muzium Shanghai
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Sepasang Baju Nyonya, Selembar Sejarah Bersama
- Xi Galak IPT China, AS Tingkatkan Pertukaran dan Kerjasama Pendidikan
- Xi, Putin Hadir Rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
- Martabatkan Kajian dan Penggunaan Bahasa Melayu, Kukukan Hubungan Diplomatik 50 Tahun Malaysia-China