- Lain-lain
Kapal Kargo Tianzhou-8 China Bersedia Untuk Dilancarkan
Tianzhou-8 yang akan berkhidmat di orbit stesen angkasa sudah bersedia untuk dilancarkan. (Foto/Xinhua)
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa kapal kargo terbaharu China, Tianzhou-8 yang akan berkhidmat di orbit stesen angkasa sudah bersedia untuk dilancarkan.
Menurut Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada Khamis, Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di pulau Hainan telah menyempurnakan latihan lengkap sesi akhir pada Rabu di samping menyelesaikan semua persediaan.
Tianzhou-8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi itu secara tidak langsung menandakan pelancaran pertama misi di Wenchang sejak Taufan Super Yagi.
Dimuatkan dengan bahan-bahan bekalan untuk angkasawan di stesen angkasa, Tianzhou-8 akan dibawa oleh roket pembawa Long March-8 Y9.
Untuk rekod, Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang, yang ditadbir oleh Pusat Pelancaran Satelit Xichang, merupakan satu-satunya tapak pelancaran di bahagian pantai China.
Berbanding dengan tapak bahagian dalam negara, Wenchang menawarkan rangkaian pelancaran yang lebih luas, penghantaran yang lebih cekap, gangguan pengangkutan yang minimum dan kawasan pendaratan yang lebih selamat.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin