- Lain-lain
Xi Bertemu PM Singapura
![]() |
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Lima, Peru pada Jumaat.
Xi berkata China bersedia bersama Singapura mempererat pertukaran lawatan peringkat tinggi, memegang prinsip jujur dan saling percaya, menghormati kepentingan teras satu sama lain serta menyingkap lembaran baharu pembangunan berkualiti.
Beliau mengalu-alukan Singapura merebut peluang baharu daripada pembangunan China dan terus mengoptimumkan projek kerjasama seperti Taman Industri Suzhou, Kota Ekologi Tianjin China-Singapura, Inisiatif Demonstrasi Kesalinghubungan Strategik China-Singapura (Chongqing) dan Kota Ilmu Guangzhou China-Singapura.
Dua negara diharap terus mencungkil titik pertumbuhan baharu dalam kerjasama melibatkan ekonomi digital, pembangunan hijau dan kecerdasan buatan (AI) sambil memperluas pertukaran sesama rakyat.
Xi turut meluahkan kesediaan China mengukuhkan kerjasama dengan Singapura di pentas multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan APEC, di samping menegakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan menguntungkan semua.
![]() |
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- China, Singapura Ikrar Naik Taraf Jalinan Kolaborasi
- Ding Xuexiang akan Lawat Singapura, Azerbaijan
- PM China, Singapura Setuju Eratkan Kerjasama dan Penyelarasan
- China, Singapura Komited Perkasakan Kerjasama Segenap Aspek
- Menteri Luar Singapura Lawat China Bermula Ahad
- Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam
- Li Qiang Ucapkan Tahniah kepada PM Singapura Lawrence Wong
- Syarikat Singapura Berkembang Maju di Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Suzhou
- Ketua Legislatif China Bakal Lawat Singapura dan Afrika Selatan
- Li Qiang Utus Tahniah kepada PM Baharu Singapura