- Lain-lain
Pendapatan Fiskal China Naik 5.5 Peratus Pada Oktober
Kementerian Kewangan China melaporkan bahawa pendapatan fiskal negara pada Oktober menyaksikan peningkatan 5.5 peratus dari tahun ke tahun.
Memetik butiran laporan agensi berita Xinhua pada Isnin, pendapatan cukai turut negara menaik 1.8 peratus berbanding setahun yang lalu.
Ketua Akademi Sains Fiskal China, Yang Zhiyong berkata bahawa pendapatan fiskal bulanan meneruskan trajektori pertumbuhan, sekali gus mencerminkan momentum pemulihan ekonomi yang lebih mantap.
Difahamkan, untuk 10 bulan pertama 2024, kerajaan pusat telah mengutip sekitar RMB 8.25 trilion dalam pendapatan fiskal, iaitu berkurang 3.9 peratus dari tahun ke tahun, manakala kerajaan tempatan pula mengutip sekitar RMB 10.25 trilion, meningkat 0.9 peratus.
Pada masa sama, perbelanjaan fiskal negara turut berkembang 2.7 peratus dari tahun ke tahun untuk tempoh sama.
Secara lebih spesifik, perbelanjaan fiskal kerajaan pusat mengembang 7.9 peratus dari tahun ke tahun, berbanding 1.8 peratus kenaikan bagi kerajaan tempatan.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin