- Lain-lain
Tinjauan CGTN: Hubungan China-Brazil Jangkaui Dua Hala, Untungkan "Selatan Global"
![]() |
Sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Brazil, CGTN dan Pusat Pengajian Ekonomi dan Undang-undang Sosial Brazil bersama-sama melancarkan satu tinjauan pendapat umum melalui Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu, melibatkan 1,106 responden tempatan Brazil, pada mutakhir ini.
Berdasarkan keputusan tinjauan tersebut, kebanyakan responden berpendapat hubungan China-Brazil telah menjangkaui hubungan dua hala, sementara kolaborasi dan koordinasi rapat kedua-dua negara di platform multilateral telah menyuntik lebih banyak penggerak demi pemeliharaan kepentingan negara-negara "Selatan Global" dan pembinaan orde antarabangsa yang lebih adil dan rasional.
Tinjauan itu mendapati lebih 76.2% responden memuji China sebagai negara besar yang bertanggungjawab, manakala 95.6% responden memberikan penilaian positif terhadap sumbangan signifikan China terhadap pemulihan ekonomi dunia.
![]() |
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Perikatan Kumpulan Pemikir Selatan Global Ditubuh
- "Selatan Global" Diseru Galakkan Bersama Globalisasi yang Inklusif
- Xi Utus Tahniah Forum Media dan Kumpulan Pemikir Selatan Global
- Jana Impak Sosial "Selatan Global" Bina Komuniti Berkongsi Nasib - Xi
- China Beraksi Sokong "Selatan Global" Melalui GDI
- Gagasan China Dapat Sambutan di Persidangan Agung IAEA