- Lain-lain
Ledakan Sukan di China Cipta Peluang Kerja Baharu
Mutakhir ini, ledakan sukan di seluruh China menyaksikan permintaan terhadap profesional yang khusus dalam bidang-bidang tertentu semakin bertambah.
Susulan Sukan Olimpik Paris 2024, sukan badminton yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat turut menyaksikan terdapat permintaan tinggi terhadap pemasang tali raket, sekali gus mengubahnya menjadi satu perkhidmatan yang diiktiraf.
Chen Ying yang sudah berkecimpung selama dua dekad dalam bidang itu di Beijing telah membuka kedai peralatan sukan pada 2006, yang turut menawarkan perkhidmatan memasang tali raket serta menjual peralatan badminton.
Menurutnya, sepanjang waktu operasi dari pukul 9 pagi hingga 8 malam, dia dan suaminya mengendalikan sehingga 60 raket sehari.
Jelas Chen, memasang tali raket adalah lebih daripada yang dibayangkan. Ia memerlukan latihan dan pembelajaran yang berterusan.
Katanya, pada awal pembabitannya, dia memerlukan masa sehingga satu jam untuk melengkapkan satu raket dan kini dia hanya akan mengambil masa sekitar 15 hingga 18 minit untuk menyiapkan tugas yang sama.
Perkhidmatannya yang berkualiti tinggi serta kemahiran yang luar biasa, kedai Chen turut sentiasa didatangi oleh pelanggan setia.
Seorang kanak-kanak mendaki tembok di Guilin, wilayah autonomi Guangxi Zhuang di selatan China pada 6 Mei 2023. (Foto/Xinhua)
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kerjaya sebagai jurulatih mendaki telah menjadi semakin popular.
Sukan mendaki yang diterima masuk sebagai acara baharu semasa Olimpik Paris telah memberi kesedaran terhadap orang awam tentang sukan itu. Didukung oleh dasar serta pertambahan venue, sukan itu menarik banyak minat.
Ia sekali gus memberi dorongan kepada lebih ramai individu untuk mengenali, seterusnya mengembangkan semangat terhadap bidang itu. Walhasil, ahli profesional dalam sukan tersebut turut menerima pengiktirafan yang lebih besar.
Yang Jian, jurulatih mendaki selama 17 tahun, bekerja di venue yang dahulunya hanya mempunyai lima jurulatih berbanding hampir 20 orang ketika ini.
Dia berkata, pada waktu cuti dan hujung minggu, ruangan latihan di kedua-dua tingkat dipenuhi dengan pengunjung. Katanya, pada cuti musim panas, venue mendaki itu menyaksikan kenaikan pendapatan 40 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Meskipun ramai yang menganggap bidang itu sebagai sukan berisiko, Yang memberitahu bahawa ia adalah selamat, dengan venue dilengkapi oleh infrastruktur komprehensif, peralatan terbaik serta turut dibimbing oleh pakar.
“Kunci untuk cemerlang sebagai jurulatih memanjat adalah untuk mengekalkan minat mendalam terhadap sukan tersebut,” ujarnya yang memanjat sekitar dua ke tiga kali seminggu.
Yang menekankan bahawa mendapatkan kelayakan adalah penting untuk perkembangan profesional jangka panjang.
Difahamkan, antara profesion berkaitan sukan lain yang turut mendapat permintaan tinggi kini adalah pembuat pakaian tenis, pengajar papan selaju, dan penyelamat perenang.
Industri sukan China memasuki fasa pertumbuhan baharu pada 2014 selepas Majlis Negara mengemukakan garis panduan baharu untuk mendorong penggunaan dan pembangunan sukan. Pada penghujung 2023, China melaporkan mempunyai 4.59 juta venue sukan yang meliputi 4.07 bilion meter persegi.
Profesor Shen Jianfeng di Universiti Hubungan Buruh China berkata bahawa Sukan Olimpik telah mendorong minat orang awam dalam sukan, membawa kepada penambahbaikan dalam kemudahan sukan, mencetuskan minat sukan yang mendalam di seluruh negara.
Yang Baoquan, yang merupakan seorang peguam kanan di salah satu firma di Beijing turut mencadangkan agar jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan undang-undang buruh bagi mentakrif dan melindungi dengan jelas hak ahli sukan, memastikan layanan yang adil dalam waktu bekerja, gaji dan insurans sosial.
Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Diabolo Lahirkan Rakyat Berbadan Sihat
- Chongqing, “Bandar Pergunungan” Tempat untuk Parkur
- Kejohanan Luncur Layang-layang Kebangsaan 2023 Buka Tirai di Hainan
- Berkhemah Kembali Rancak di China
- Sukan Asia Hangzhou Lancarkan Pembawa Obor Digital
- Jalankan Sukan Ekstrem Hayunan Tali Tinggi di Zhangjiajie, Hunan