Misi Penerokaan Bulan China Masuk Fasa R&D Prototaip Awal

(CRI)Jumaat 22 November 2024

Misi penerokaan bulan bermanusia China telah memasuki fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) prototaip awal secara menyeluruh.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh ketua pereka projek penerokaan angkasa lepas bermanusia China, Zhou Jianping semasa Simposium Angkasa Lepas Bermanusia ke-6 di bandar Shenzhen pada Khamis.

China menyasar menyempurnakan misi pendaratan manusia di bulan menjelang 2030 untuk menjalankan penyelidikan saintifik dan ujian teknologi berkenaan.

Zhou berkata penghasilan prototaip awal seperti roket pembawa Long March-10, kapal angkasa Mengzhou, alat pendarat Lanyue dan kenderaan pembawa angkasawan di bulan sedang dilakukan. Sebahagian daripadanya telah siap dan kini berada dalam fasa ujian.

Video

Berita Berkaitan