- Lain-lain
Huawei Lancar Telefon Pintar Dengan Sistem Pengendalian Kendiri
Gergasi teknologi China, Huawei pada Selasa melancarkan satu siri telefon pintar yang berkemampuan untuk beroperasi menggunakan sistem pengendalian (OS) kendiri iaitu HarmonyOS NEXT.
Lapor agensi berita Xinhua, HarmonyOS NEXT yang dilancarkan pada 22 Oktober lalu itu dibangunkan sepenuhnya secara sendiri termasuk kernel pengendalian, pangkalan data, bahasa pengaturcaraan dan rangka kecerdasan buatan (AI).
Pengarah eksekutif Huawei, Yu Chengdong berkata bahawa dengan konfigurasi peranti baharu dan OS itu sendiri, prestasi beberapa telefon pintar model baharu telah meningkat sehingga 40 peratus berbanding beberapa model yang dikeluarkan pada 2023.
Menurut Xinhua yang memetik data daripada Huawei, setakat 22 Oktober, lebih daripada 15,000 aplikasi HarmonyOS dan servis meta yang meliputi 18 ruang menegak kehidupan seharian telah dibangunkan dan boleh digunakan, termasuk pemeetaan, pembayaran, beli-belah, jaringan sosial, video pendek, pengangkutan dan kewangan.
Tambah Yu, kesemua produk yang dikeluarkan oleh Huawei termasuk tablet dan telefon pintar akan dilengkapkan dengan HarmonyOS NEXT mulai 2025.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin