CISCE Pacu Kerjasama dan Inovasi Rantaian Bekalan Global

(CRI)Rabu 27 November 2024

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang memacu ketersambungan dan pertumbuhan ekonomi global, mencuri perhatian umum sempena Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi kedua yang dijadual berlangsung pada 26 hingga 30 November di Beijing.

Laporan Bank Dunia meramalkan menjelang 2030, projek pengangkutan di bawah rangka BRI akan menyaksikan pertumbuhan dagangan antara entiti ekonomi terlibat sebanyak 9.7 peratus, manakala pelaburan langsung asing (FDI) naik 5 peratus dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menokok 3.4 peratus.

Rel Hungary-Serbia, laluan tren sepanjang 350 kilometer yang dibina oleh syarikat China merupakan projek ikonik usaha sama China dengan negara Eropah Tengah dan Timur.

Landasan kereta api China-Thailand merupakan rel berkelajuan tinggi dengan tolok standard yang pertama di Thailand, dan juga sebahagian penting dalam jaringan trans-Asia.

Ia akan menghubungkan Bangkok dengan timur laut Thailand serta tersambung dengan rel China-Laos, sekali gus memudahkan perjalanan antara Bangkok dan Kunming, China.

Video

Berita Berkaitan