- Lain-lain
Xi Terima Pelaporan Kerja Ketua Eksekutif HKSAR
![]() |
Presiden China Xi Jinping ditemui Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu yang sedang dalam jadual membuat pelaporan kerja di Beijing pada Jumaat.
Semasa pertemuan itu, Xi mendengar pelaporan yang disampaikan John Lee mengenai situasi semasa di Hong Kong dan pencapaian yang dilakar kerajaan HKSAR.
Presiden Xi memberi pengiktirafan tinggi kepada Ketua Eksekutif John Lee dan kerajaan HKSAR yang membuahkan hasil yang substantif dalam mengekalkan pembangunan Hong Kong yang stabil dalam tempoh sepanjang tahun lalu.
Xi menyatakan, Hong Kong yang menghadapi peluang pembangunan baharu perlu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan rangka ‘satu negara, dua sistem’.
“Kerajaan pusat konsisten dalam melaksanakan dasar 'satu negara, dua sistem' secara menyeluruh dan tepat, dan memberi sokongan yang jitu kepada Ketua Eksekutif dan kerajaan HKSAR dalam membimbing masyarakat tempatan yang berbilang kaum untuk mengamalkan pembaharuan, menyelaraskan rancangan setempat dengan skim strategik kebangsaan, membentuk pemacu dan kelebihan baharu untuk pembangunan ekonomi, serta menggalakkan tadbir urus dan pembinaan yang bertunjangkan inovasi dan kreativiti supaya dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada kemakmuran dan kestabilan Hong Kong,” kata Xi.
![]() |