- Lain-lain
Wang Yi Nyatakan Pandangan China berhubung Situasi di Asia Barat
Dewasa ini, tugasan yang paling mendesak di rantau Asia Barat adalah mewujudkan gencatan senjata dan mengurangkan risiko kemanusiaan.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing pada Jumaat.
Beliau menyeru pihak-pihak terbabit mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), dan menghentikan tingkah laku yang boleh meruncingkan lagi situasi serantau. Masyarakat antarabangsa diharap menunaikan kewajipan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menghulur bantuan dalam usaha pembaikan situasi kemanusiaan setempat, dan mengurangkan kesengsaraan rakyat, terutamanya mengelakkan Syria daripada dibanjiri pelarian.
"Jalan keluar yang paling pantas adalah pendekatan politik, iaitu pemulihan dialog dan rundingan," kata Wang Yi lagi.
- China Gesa Usaha Segera UNSC Redakan Situasi Lubnan-Israel
- China Seru Usaha Elakkan Situasi Meruncing di Asia Barat
- China Sedia Promosi Peredaan Situasi di Asia Barat
- China Bersedia Mainkan Peranan Konstruktif demi Keamanan dan Kestabilan Asia Barat
- Pembangunan Damai, Aspirasi Rakyat Asia Barat
- Xi Bertemu dengan Presiden Palestin
- Bina Keamanan Berkekalan di Asia Barat: China