- Lain-lain
AS Digesa Henti Tindakan Persenjatai Taiwan
Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menjual senjata dan menyediakan bantuan ketenteraan kepada kawasan Taiwan China. Tindakan itu membelakangi secara serius prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS khususnya "Pengumuman 17 Ogos”.
Tindakan AS tersebut menjejaskan dengan serius kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, membelakangi komitmen pemimpin AS untuk tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan”, di samping memberikan isyarat salah kepada kumpulan pemisah “kemerdekaan Taiwan”.
China menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya dan menentang tindakan AS tersebut.
Jurucakap Kementerian Luar China berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai kenyataan pihak AS membabitkan penjualan senjata dan bantuan ketenteraan kepada Taiwan.
Jurucakap Kementerian Luar China menggesa AS agar segera menghentikan tindakan mempersenjatai Taiwan, berhenti tindakan berbahaya yang menjejaskan kedamaian dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.
Beliau menegaskan bahawa China tidak berganjak untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk membela kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah negara ini.
- China Bantah Keras Penjualan Senjata AS kepada Taiwan
- China Selar Kapal AS, Kanada Transit di Selat Taiwan
- China Kutuk Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan
- China Beri Amaran kepada Pesawat AS Lintas Selat Taiwan
- China Kutuk AS Canang Isu berkaitan Taiwan
- PLA Waspada Kapal Pemusnah AS Belayar di Selat Taiwan
- AS Didesak Hentikan Manipulasi dan Intervensi terhadap Isu Taiwan
- AS Didesak Jangan Cakap Kosong dalam Isu Tidak Sokong 'Kemerdekaan Taiwan'
- China Sangkal AS Salur Bantuan Ketenteraan kepada Taiwan
- AS Digesa Tarik Balik Pelan Penjualan Senjata kepada Taiwan